Thursday, 2 June 2016

Selamat Tinggal

Selamat Datang

Assalamualaikum semua....

di kesempatan yang ada saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat jugak saya habiskan kuliah semester ni dengan lancar dan tersusun. rancangan yang telah tersusun rapi membuatkan saya senang dengan menghadapi masa, menyusun atur tak gelabah nak siapkan assignment. masa yang diberikan telah digunakan sebaiknya.

di akhir kata ni, saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua yang akan menduduki peperiksaan akhir semester. huhuhu selamat datang final mwehehehe jangan ingat esaimen da siap semua boleh rilek ye.. ada lagi yang lebih dahsyat kihkih. semoga final yang datang bersama Ramadhan dapat mengajar kita erti kepayahan dalam peperangan , semoga setiap apa yang kita kerjakan dikira sebagai ibadah.

inshaaAllah :)

Friday, 27 May 2016

Jatuh Cinta Saat Akhir

Assalamualaikum semua.... amboi laju je ye bila cerita pasal cinta hahah.

hahaha apa yang di maksudkan tu.? hahah bila da nak habis ni, barulah rasa sayang sangat nak tinggalkan subjek subjek yang dipelajari. rasa macam nak lama lagi kelas hahahha. betul. sebab kita baru je nak ngam dengan kawan yang lain, baru je rasa seronok satu group dengan kawan kawan yang ada.

tapi apakan daya, setiap pertemuan akan ada perpisahannya, yang bertemu pasti akan bepisah . hurm kita boleh jumpa di lain kali kalau panjang umur murah rezeki.

"kalau ada sumur di ladang.
boleh saya menumpang mandi.
kalau ada umur yang panjang.
boleh kita bersua lagi"

terima kasih semua yang mengenali diri ini, yang banyak membantu diri ini, kalian lah kawan, sahabat, teman yang dicari. sesungguhnya Allah menghantarkan kalian pada aku untuk menyampaikan perkara yang baik baik, kerana kalian semua baik baik dan bermakna setiap tunjuk ajar kalian.

Puasa Dan Exam

Assalamualaikum ...

hmmmmmm... sem ni kan kita puasa pastu kita exam tau. tak pernah rasa puasa time paper, kita puasa selama kat U ni. kalau pernah pun, kita puasa tapi biasa biasa, nak gak rasa kan macam mana rasa. mesti banyak bedebar. Excited pun ada memandangkan da nak habis kuliah. heheheheh minggu depan study week balik kampung... hoiiiiiiii. balik kampung... heheh

so bila tengok last paper kita, kita tahulah kita yang paling last huhuhuhuhhu. takpe kita, tapi kawan kita lah, bila dapat tahu kita yang paling last dia punya bahan kita kaw kaw punya. kita tahu lah paper dia habis awal hurmmm

takpe asal gap banyak kita oke je . tak rushing . doakan kejayaan kita tau. sem ni kita 7 paper :)

Sunday, 22 May 2016

Ragam Ahli :')

da masuk sem 4 ni , bila tenung, kena pandai pilih ahli group, bukan partner life. susah dan mencabar,. kalau boleh ahli tu kita nak semua yang memiliki sifat Y yang mana sentiasa berebut nak terkehadapan.

k sekarang ni kita nak bincang tentang ragam ahli. hermmm ni melalui perhatian hakak lah yang memandangkan da nak masuk sem 5 ni mesti banyak ahli kan yang kita gather gather. Antaranya yang memainkan peranan sebagai ketua, orang yang memainkan peranan ketua ni biasanya dia akn memulakan bicara terlebih dahulu. seorang serba tahu dan buat kerja. bukan reti bagi arahan semata. ada je hakak jumpa budak yang pum pam pum pam dalam group tapi bila kita kasi dia buat keputusan sibuk tanya orang lain, mulalah terkial-kial lepastu sampai sudah tak tahu apa nak buat. ketua ni lain, dia tak kira dah orang lai, dalam belang0belang dia tak kisah orang lain , dia memainkan peranan membantu orang lain. apa orang ada masalah ke apa ke dia yang utama dan dia dijadikan rujukan utama orang lain. ni bagusnya nya. huhuhu

Image result for teamwork quotes
dan ada pulak tu mereka yang sentiasa apa yang ketua nak. orang macam ni sangat senang dan susahlah ada masalah. orang macam ni kalau nak di group untuk lain kali nak lah hahahha. senyap senyap tak dak poblem tak buat paper masalah tetahu da hah siap beres tak cakap banyak. mudah kan, dengar kata, buat kerja cekap, ketua pun suka orang yang macam ni sebenarnya, sebenarnya. yang pastinya, kedudukan orang ni adalah orang yang faham , tak ada kekeliruan pendapat dan senang nak berurusan.

Image result for teamwork quotes
yang menyakitkan hati ni lah yang senyap ni, bila tanya baru nak tanya balik. macam tak ambik kisah je, ingat orang tak ada kerja lain ke selain nak ingat kerja dia je. apa lah. tapi da kalau tahu dia memang pesen macam tu, kena peringat sokmo, mengalah lah kita ni sikit, bukan apa, mengenangkan kerja kumpulan nie, markahnya sama, lect bukan tanya pun siapa buat lebih , siapa tak buat lansung, kepayahan kita yang tanggung bukan orang lain pun. tapi mengalah dia ada cara, bukan tolong buatkan seketul-ketul, kalau boleh ajak buat sekali, time tu jugak, kalau tidak sampai bila kan.? ye tak ? har tu lah.

balik- balik perangai ni je yang kita jumpa. sebenarnya peranan ni boleh jadi tiba-tiba je. sebenarnya individu tak adalah setiap masa buat ragam yang sama. ada je yang berubah, kalau macam dia terlebih faham dengan tugas tu, dia akan jadi ketua, kalau dia samar -samar tu yang jadi pendiam je. apa apa kalau ada masalah bagitahu jangan senya dan jangan bila ditanya baru nak bagitahu, bagitahu pulak last minit masa orang tengah sibuk nak final ni. k sampai sini membebel. hahaha rasa rasa boleh agak tak hakak yang mana? huhuhu

ELEKTRIK TAK ADA :'(

assalamualaikum semua. hari ni 22/5/2016 merupakan peristiwa bersejarah untuk hakak yang mana terputus bekalan elektriknya. sedihnya hidup. sendu.

Image result for save the earthterputus ni bukan terputus sesaja. ada masalah kabel tebakar bawah tanah. habis nak kaut mana sumber letrik ni. bila mengenangkan assigment yang boleh tahan banyak serta melampau ni, hurmmmmmm sadis nya rasa.

bila laptop nak cari sumber tak tahu bila kat mana , handphone apatah lagi, wifi jangan dipersoalkan lah, hurm bilik berwapnya.
Image result for save the earth
tapi tidak lah semua tempat, macam hakak kolej keris mas, jadi sumber elektrik boleh dapat kat kolej ni har. puas hati rasa. oke lah, keluar jugak dari bilik hujung minggu ni, buat kerja , tak adalah tido je kije huhuhuh.

kalau kolej lain yang ada masalah pun, library boleh dituju. bila datang masalah ni, dapat rasa payahnya kehidupan tanpa elektrik, tak terbayang orang-orang yang hidup zaman dahulu. masalah macam ni pun fikirkan gadjet, macam mana caj, lebih -lebih kita student yang kerja kena mengarang je 24 jam hahahah. nak celup mana maklumat kalau tak dapat search,

mungkin bumi minta berehat seketika, atau kita yang diberi peluang untuk berehat mweheheheh.

harap tak lama, takut kita tido dalam gelap hahahah.

Saturday, 21 May 2016

Night Payer is.........


''sesungguhnya orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman syurga, dengan matair yang terpancar padanya''
''keadaan mereka di sana sentiasa menerima nikmat oleh Tuhan mereka. sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan''
mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja dari waktu malam untuk mereka tidur.''
''dan pada waktu akhir malam pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah''
(Adh-Dhariyat:15-18)