Tuesday, 22 March 2016

Satu Jalan Kembali

setelah aku mengharungi liku liku kesedihan sepanjang sem 2 dan akhinya aku berjaya melalui kehidupan yang normal seperti rakan yang lain, dapat kembali bersaing dengan rakan yang lain. dan selepas jumpa s/u dekan , beliau sendiri maklumkan yang aku InshaaAllah, dapat menamatkan pelajaran dengan rakan yang lain. Alhamdulillah.

sem 3 aku tabahkan hati untuk sekuliah dengan bebudak tahun 1. perasaan time tu malu la jugak, tapi disebabkan ramai je student yang sebaya aku, gasaklah, hentamlah. hahaha time tu penyamaran menjadi budak tahun 1 kihkihkih. tak tahu nak kata apa, tapi lelama aku sendiri kata yang aku budak tahun 2 dan baru nak amik dan mereka boleh menolong aku dalam pelajaran.

melalui ini aku dapat jumpa hikmahnya, aku dapat merasakan yang aku tak keseorangan, ke mana mana aku tak keseorangan. masyarakat sekeliling akulah yang banyak menyumbang pada kejayaan akau., bayangkanlah aku jauh dengan keluarga sejak 18 tahun, susah jugak belajar jauh ni dan family aku bukan family yang anak ada poblem datang universiti ni bincang . tak . semua aku buat sendiri dari A sampai Z. family cuma bagi dorongan dan kata kata yang mana kalau aku buat keputusan senang cita 100% sokonglah andai itu yang dapat membahagiakan aku.

sebenarnay, disebalik liku liku hidup yang aku jalani, semasa aku jatuh, aku di ajak rakan untuk join Usrah. haaaaa Usrah. waaaa budak alim....... HMMM bukan ni silap, nanti yang Usrah aku cerita lain ye.. Ok, undur diri dulu .

Monday, 21 March 2016

SEMANGAT MEMBARA


FAIZAL TAHIR- GEMURUH JIWA
Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa


kita semua mesti ada lagu yang boleh menaikkan semangat kita tatkala sedih atau jatuhkan? har lagu ni saya pilih dalam menaikkan semangat saya. abang faizal nyanyi suara nya yang meletop dan seni kata lirik yang boleh membuatkan renung sejenak dan befikir, saya boleh buat sebenarnya dan tiada apa yang mustahil dengan izinNya In shaa Allah. jadi selamat mendengar :)


Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak di kalbu
Hasrat yang tersirat semakin ku buru
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pastikan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

KEHIDUPAN DI FAKULTI IDAMAN

Ramai yang kata aku beruntung dapat fakulti yang aku nak, course yang aku impikan,. Ye aku setuju sangat, aku tak lupa intuk sentiasa besyukur padaNya. akiu bertemu dengan rakan yang baru, aku bersama mereka walaupun selepas 2 minggu aku di fakulti sains sosial.

akan tetapi, aku cepat terlupa dengan misi dan visi, aku terlupa dan aku memandang remeh tentang hal hal yang penting, aku terlalu hanyut dan jauh daripada semuanya, subjek subjek yang telah lama dipelajari aku tak ulang kaji semuaya.

sebagai balasannnya, pointer aku teruk . saat tu rasa nak menangis dan salah kan diri sendiri. next semester jam kredit ditahan, boleh daftar 2 jam sahaja tetapi tak berbaloi macam pelajar lain, yuran kami tetap kena bayar jumlah yang sama. kat situ aku rasa lagi sedih, kesian mak ayah aku antar aku belajar kat sini untuk tengok aku gagal, duit dorang banyak membazir untuk tengok aku mengulang subjek yang sama.

akibat tak tahan apa yang terjadi, aku naik jumpa dekan, timbalan dekan, s/u dekan, dorang banyak membantudan memberi kata kata yang boleh naikkan semangat, mereka juga yang memberika sedikit rancangan untuk aku supaya aku dapat graduate dengan rakan yang lain.

ya agak malu dengan teman yang lain, tapi aku positifkan diri, kat sini aku lebihkan banyak berkawan tak berkepit dengan satu kawan. aku rasa orang kat sekeliling ni banyak memainkan peranan sebenarnya.

aku jalani kehidupan sem 2 dengan jayanya. aku berjaya buka jam kredit dan kembali bersaing dengan rakan yang lain, rakan yang rata ratanya adalah budak dekan. aku dapat rasakan inilah cabaran yang aku inginkan. Allah telah merancang baik jalan hidupku, ujian yang aku tempuh dan rasa berat inilah yang aku patut rasa ringan jika dibandingkan dengan sahabat yang lain.

undur diri untuk kali ini. kita sambung di lain masa pula ye... heheheheh

Friday, 18 March 2016

Beginning Of Mahasiswa


Image result for mahasiswa


Life di UKM ni sangat mencabar. sangat. sejak awal masuk sini ari tu, dalam 1 tahun setengah lepas, aku dapat rasakan penat lelahnya hidup as a student. dengan asalannya bukan budak pengajian ekonomi dan bisnes, tapi dari fakulti sains sosial. dua minggu duduk dalam fakulti tanpa orang yang aku kenal dan bukan bidang yang aku minat, dua minggu tu lah aku menangis hari-hari dalam bilik, senyap senyap. tak tahu mampu atau tak nak teruskan.

tak tau nak simpulkan macam mana, aku da tak nak dengar lagi da cakap senior yang tukar fakulti ni susah lah apa menda lah, yang pasti aku terus isi borang, fakulti sosial da luluskan, aku naik jumpa fakulti ekonomi, naik turun dekan, so dorang buat keputusan untuk terima aku dalam fakulti ni. time tu besyukur dan air mata gembira yang mengiringi.

dan aku tinggalkan fakulti lama dengan kawan kawan yang baru nak terbina. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan hubungan aku dengan ex course mate yang mana bila jumpa betegur dan dorang share apa yang dorang belajar. aku sangat mintak untuk dijauhkan rasa menyesal tukar course.

dan di fakulti ni, kebanyakan mereka yang aku kenal adalah daripada bekas budak matrik dulu, depa pun tekejut aku dapat masuk fakulti dengan mudah urusannya, ni sebab senior kata satu sem habis dulu baru dapat tukar. hmmm sekejap pun, peritnya hanya aku yang rasa.

oke kita stop kat sini dulu. nanti aku sambung acane hidup aku untuk sampai ke tahap ni.