Wednesday, 27 April 2016

Wasap Wechat oke !

zaman teknologi serba canggih ni , semua nak kongsi sesuatu dengan cepat dan pantas. tak tahun sama ada cepat atau pantas, tapi aku rasa semua ni membantu untuk manusia yang semakin malas hahaah. buktinya ? lagi ramai yang lebih suka berbincang di laman media sosial, tak ada yang nak bertemu empat mata lagi. kalau ada pun mungkin untuk projek yng memerlukan daya kretiviti. kalau tak , di wasap atau di facebook cukup., ada cadangan apa apa maklumkan on the spot je. mudah pun mudah , tapi ramai ke yang faham.?

Image result for whatsapp logo pngkebanyakkan group aku macam tu, semua kasi respon melalui laluan ni semua, memnag nampak faedahnya, tapi keburukan tetaop ada. hubungan sesama ahli jadi tak kuat., kalau dapat ahli yang kita tak kenal macammana?

tapi takpelah kalau aim kita memang untuk menyiapkan tugan dan pembentukan hubungan yang disukai Allah tak mengapalah di tolak tepi . hmmmmmmmmmmm.
Image result for whatsapp logo png

akhir kata, wasap wechat fb ni memnang memantaskan tapi berpada lah, kalau semua nak dalam tu, siapa yang akan bercakap dengan lancar one day, takut nanti one day, semua jadi bisu. macam mana?

STRESS KE?

semua pelajar sangat tak asing dengan rasa tertekan , seolah olah semua beban dipikul atau digalas oleh kedua-dua belah bahu. tapi itulah, masa zaman belajar ni lah kita dapat rasai semua ni, lepas ni, da masuk alam lain, cabaran jenis lain pulak yang akan dihadapinya.

sebenarnya tekanan ni adalah punca daripada kita sendiri. macam man kita uruskan semua kerja adalah dari kita sendiri. kalau yang bertangguh kita akan terima akibat nya. kalau buruk akibatnya? maka tekanan ini sebenarnya adalah penyakit yang kita sendiri boleh elakkan dengan cara yang sendiri dan boleh di rawat tanpa seorang doktor yang hebat pun!

saya sendiri pernah menghadapi tekanan jiwa bagaimana nak teruskan hidup, bagaimana nak berhadapan dengan semua orang, apa pandangan orang kalau tahu saya seorang yang ni tu ni, bagaimana pula pandangan lect terhadap saya? bagaimana? tapi semua tu tak ajdi masalah yang berat pun bila saya sendiri yang mempunyai kemahuan mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah tersevut.

nak tak nak kita memang akan menghadapi sebarang ujian dan cabaran. jadikan cabaran ni semua satu motivasi yang dapat membuatkan kita bergerak ke arah yang lebih baik dan bukannya ke arah kemurungan yang membolehkan kita berputus asa dalam kehidupan. nak nak kita pelajar, pelajar yang baru saja nampak apa sebenarnya ujian tetapi bukan secara yang lebih luas, kita harus banyak belajar untuk memahami apa sebenarnya tujuan kita di Bumi Allah ni.

Sunday, 17 April 2016

Usaha Dan Hasil

Assalamualaikum :)

kali ni rasa nak share sikit tentang Usaha Dan Hasil kerana kita seorang pelajar yang pastinya mempunyai matlamat yang besar dan pastinya kita inginkan hasil yang sangat indah bukan? tetapi apakah yang kita lakukan untuk kecapi hasil tu? bagaimana Hasil itu dapat tercipta? yang mana lebih penting dan kenapa ianya dianggap penting?

saya akan cuba mengupas satu persatu bedasarkan kefahaman dan pengalaman yang saya telah lalui. walaupun begitu saya bukan lah seorang pakar dalam bidang ini, tetapi saya sedaya upaya cuba berkongsi apa yang saya dapat.

hasil yang baik datangnya daripada usaha yang baik. disini saya tekankan tentang usaha kerana usaha sebenarnya adalah paling penting kerana Allah S.W.T memandang sesuatu usaha itu dan tidak pada hasilnya. pekara ini saya ingin kongsikan kerana kita seorang pelajar yang mengejarkan kecemerlangan itu sendiri. kecemelangan yang bakal kita peroleh itu adalah hasilnya, tetapi apa yang kita buat? termenung sahajakah? meniru kerja kawan kah? bagaimana hasil yang besar kita nak capai jika perkara yang sedemikian yang kita lakukan. semestinya tidak .

marilah kita perbetulkan balik niat belajar kita ini kerana Allah, Dan pastinya kita akan lebih bersungguh keran inginkan Allah melihat apa yang sedang kita lakukan. siapa yang tidak suka mendapat perhatian? jadi bila kita bersungguh, hasil yang baik akan mengikut, usah dikhuatiri kerana itu kerja Allah, dan Allah itu Maha Adil , pastinya usaha kamu berbaloi :)

'once kau da masuk dewan exam, buku usaha kau da ditutup. maka senyumlah dan jangan ditangisi , kau akan merasa puas dan besyukur tak terhingga dan pastinya tidak kecewa jika benar niat mu ' :)


Rehatkan Minda

huuu agak lama tak postnya ya tak? hahah . baru baru ni cuti pertengahan semester, apa kerja semua tak gerak. memang betul-betul cuti aku ni. hehe apa apa pun selamat kembali rakan rakan semua ke pusat pengajian masing-masing.



ok lah untuk dijadikan ceritanya, ke mana masa aku dihabiskan sebenarnya.? sepanjang di rumah tak ada apa yang menarik pun aku buat, setakat jumpa kawan, tolong mak ayah kemas rumah je lah yang aku dapat rasakan dalam seminggu tu, bila kembali u macam macam kerja menanti. hahah tahu pulak nak ingatnya kerja apa. huhuhu.

Image result for rehatkan mindarupa-rupanya seminggun yang aku guna tu betul-betul untuk rehatkan minda. aku tak fikirkan kerja apa apa pun, mahupun membaca sebab exam mid pun nak dekat da ni. ada masa teluang tengok tv, gelak-gelak sikit dengan famili. main kucing hilangkan stress, keluar pepetang senaman dengan kawan-kawan dan adik. mungkin percutian aku tak macam korang yang kemana-mana, melancong dengan keluarga, tetapi aku rasa puas sebab aku berada dalam keadaan yang harmoni dan seronok kerana dapat menikmati ketenangan yang diberikan.

sekarang ni atas kita semua macam mana nak memanfaatkan masa yang ada. tapi jangan kata belajar ni stress , aaaa nononono. betulkan balik niat belajar kita tu. InsyaAllah dipermudahkan segalanya dan dijauhkan semua masalah yang ada. :)

Friday, 1 April 2016

Makanan Rohani


 

Di U ni, aku tak join banyak pogram, ada lah jugaj masa tahun 1 haritu. Mungkin kerana wajib dan di mestikan tu yang aku masuk jugak tu. tapi hanya untuk satu sem je. hmmmm entah kenapa aku rasa berat sebenarnya. Haihhhh bila dipikirkan macam mana bebudak yang lain boleh manage masa dorang tu. aku rasa hidup aku macam tak terarah. nak study lagi, pogram tu lagi, projek lagi. hmm tu lah mungkin aku tak biasa dengan pembahagian masa untuk menda menda yang macam ni.?

naik sem 2 aku berhenti join apa-apa.  untuk sem 2 aku ada join satu pogram je. pogram anak angkat. walaupun satu tapi aku dapat rasakan manfaat nya. hubungan aku dengan family angkat tu ada dan agak kuat. kalau ada cuti, aku tak balik kemaman, tapi balik Johor, Kota Tinggi, balik bawak rakan-rakan, mak abah aku suka anak angkat ni heheh. Alhamdulillah adajuga orang luar yang sudi sayang kan aku :)

dalam sem 3 aku jalani hidup macam biasa dan tak join apa-apa pogram yang membentuk fizikal. tapi akau join Usrah yang dapat membentuk kerohanian aku dari dalam. Minda aku dalam keadaan yang stabil, macam mana aku dapat kawal stress jika dapat banyak kerja dan masa aku agak terarah. mungkin kerana aku menjaga masa aku denganNya?

so far. kebanyakkan lecturer yang ajar aku pun, tak adanya mau kami terlibat dengan pogram kolej, rasa kami akan ponteng lebih banyak kelas atau risau ini akan jadi satu gangguan pulak. hurmmm. tapi kebanyakkan lecturer aku tanya "tak join Usrah ke? awak kat U ni lah nak dapat tarbiyyah ni. bukan senang nak dapat. bla bla bla." panjang lebar dorang cerita. dan ada jugak mentor aku , kalau ada masalah dalam pelajara, dia tak cakap banyak, dia ingatkan yang belajar ini hanya alat untuk kita mendekatkan kita dengan Allah, jadi jangan rasa Down, Kita Hamba Allah bukannya Hamba Belajar.

dan aku termenung bila memikrkannya, kerana pengisian ayatnya macam mereka yang kasi tarbiyyah. heheeheh prof join Usrah ke ? heee Besyukur. tak sombong walaupun kedudukan di dunia ini agak tinggi. Alhamdulilah.

Mimpi Dan Impian

Image result for ukm logo
Universiti Ilham masa Hadapan

Saat ni aku besyukur sangat dengan apa yang aku ada dan di bumi mana aku berpijak. Kuasa Allah tiada siapa yang dapat menduga. UKM bukanlah satu tempat pengajian yang aku idamkan. Universiti yang aku nak adalah Universiti Utara Malaysia(UUM) dan kusus pengajian dalam pengurusan sumber manusia . Aku pun da isi cantik punya dan tak fokuskan sangat dengan empat universiti terbaik ni. dengan erti kata lain rasa macam tak layak dan aku target UUM adalah kerana UUM ni U terbaik bagi budak pengurusan. hehe.
Image result for uum logo image
Universiti Impian
tapi apakan daya, bukan rezeki aku kat sana, aku dapat UKM ni dalam bidang sejarah. Sejarah ??? Gulp. (diam). akan tetapi kerana ayah aku teruskan juga. so melangkah ke sini. lepas menangis sendu sedan menunaikan kjewajipan as a muslim dan menggunakan senjata iaitu doa, Alhamdullillah aku dapat jugak sambung dalam bidang yang aku impikan. walaupun di lain tempat, tapi aku yakin dengan takdir Allah yang pasti ada hikmah nya.