Sunday, 17 April 2016

Usaha Dan Hasil

Assalamualaikum :)

kali ni rasa nak share sikit tentang Usaha Dan Hasil kerana kita seorang pelajar yang pastinya mempunyai matlamat yang besar dan pastinya kita inginkan hasil yang sangat indah bukan? tetapi apakah yang kita lakukan untuk kecapi hasil tu? bagaimana Hasil itu dapat tercipta? yang mana lebih penting dan kenapa ianya dianggap penting?

saya akan cuba mengupas satu persatu bedasarkan kefahaman dan pengalaman yang saya telah lalui. walaupun begitu saya bukan lah seorang pakar dalam bidang ini, tetapi saya sedaya upaya cuba berkongsi apa yang saya dapat.

hasil yang baik datangnya daripada usaha yang baik. disini saya tekankan tentang usaha kerana usaha sebenarnya adalah paling penting kerana Allah S.W.T memandang sesuatu usaha itu dan tidak pada hasilnya. pekara ini saya ingin kongsikan kerana kita seorang pelajar yang mengejarkan kecemerlangan itu sendiri. kecemelangan yang bakal kita peroleh itu adalah hasilnya, tetapi apa yang kita buat? termenung sahajakah? meniru kerja kawan kah? bagaimana hasil yang besar kita nak capai jika perkara yang sedemikian yang kita lakukan. semestinya tidak .

marilah kita perbetulkan balik niat belajar kita ini kerana Allah, Dan pastinya kita akan lebih bersungguh keran inginkan Allah melihat apa yang sedang kita lakukan. siapa yang tidak suka mendapat perhatian? jadi bila kita bersungguh, hasil yang baik akan mengikut, usah dikhuatiri kerana itu kerja Allah, dan Allah itu Maha Adil , pastinya usaha kamu berbaloi :)

'once kau da masuk dewan exam, buku usaha kau da ditutup. maka senyumlah dan jangan ditangisi , kau akan merasa puas dan besyukur tak terhingga dan pastinya tidak kecewa jika benar niat mu ' :)


No comments:

Post a Comment