Saturday, 21 May 2016

salam Nisfu Sya'aban

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah hari ni kita berada di malam nisfu sya'ban yang mulia, pastinya ramai yang memanfaatkan malam ini kerana ini adalah malam yang mana ada waktunya doa kita dimakbulkan, in shaa Allah.

pengisian yang diisikan pada malam ini oleh kita semua semoga adalah pengisian yang terbaik pernah kita lakukan bebanding sebelumnya. Malam-malam sebegini sangat sesuai kita berehat dan meminta keampunan daripada Aah SWT.

Image result for nisfu syaaban 2016
semoga, kita dapat memaafkan kesalahan mereka yang pernah berbuat kesalahan terhadap kita dan kita juga mendapatkan kemafaan daripada mereka yang pernah kita melakukan kesalahan, kerana seteguh mana atau sekukuh mana pun amalan kita, tidak dikira sekiranya tidak mendapatkan keampunan daripada mereka yang pernah kita menynggung perasaannya, semoga dijauhkan daripada azab api neraka yang terdiri daripada bahan bakarnya manusia dan batu.

sekali lagi saya ingin memohon keampunan kepada sesiapa sahaja yang membaca blog saya, semoga kita sama sama dapat mencapai matlamat kita yang utama, iaitu ke syurga Allah <3

No comments:

Post a Comment