Monday, 21 March 2016

KEHIDUPAN DI FAKULTI IDAMAN

Ramai yang kata aku beruntung dapat fakulti yang aku nak, course yang aku impikan,. Ye aku setuju sangat, aku tak lupa intuk sentiasa besyukur padaNya. akiu bertemu dengan rakan yang baru, aku bersama mereka walaupun selepas 2 minggu aku di fakulti sains sosial.

akan tetapi, aku cepat terlupa dengan misi dan visi, aku terlupa dan aku memandang remeh tentang hal hal yang penting, aku terlalu hanyut dan jauh daripada semuanya, subjek subjek yang telah lama dipelajari aku tak ulang kaji semuaya.

sebagai balasannnya, pointer aku teruk . saat tu rasa nak menangis dan salah kan diri sendiri. next semester jam kredit ditahan, boleh daftar 2 jam sahaja tetapi tak berbaloi macam pelajar lain, yuran kami tetap kena bayar jumlah yang sama. kat situ aku rasa lagi sedih, kesian mak ayah aku antar aku belajar kat sini untuk tengok aku gagal, duit dorang banyak membazir untuk tengok aku mengulang subjek yang sama.

akibat tak tahan apa yang terjadi, aku naik jumpa dekan, timbalan dekan, s/u dekan, dorang banyak membantudan memberi kata kata yang boleh naikkan semangat, mereka juga yang memberika sedikit rancangan untuk aku supaya aku dapat graduate dengan rakan yang lain.

ya agak malu dengan teman yang lain, tapi aku positifkan diri, kat sini aku lebihkan banyak berkawan tak berkepit dengan satu kawan. aku rasa orang kat sekeliling ni banyak memainkan peranan sebenarnya.

aku jalani kehidupan sem 2 dengan jayanya. aku berjaya buka jam kredit dan kembali bersaing dengan rakan yang lain, rakan yang rata ratanya adalah budak dekan. aku dapat rasakan inilah cabaran yang aku inginkan. Allah telah merancang baik jalan hidupku, ujian yang aku tempuh dan rasa berat inilah yang aku patut rasa ringan jika dibandingkan dengan sahabat yang lain.

undur diri untuk kali ini. kita sambung di lain masa pula ye... heheheheh

No comments:

Post a Comment