Tuesday, 22 March 2016

Satu Jalan Kembali

setelah aku mengharungi liku liku kesedihan sepanjang sem 2 dan akhinya aku berjaya melalui kehidupan yang normal seperti rakan yang lain, dapat kembali bersaing dengan rakan yang lain. dan selepas jumpa s/u dekan , beliau sendiri maklumkan yang aku InshaaAllah, dapat menamatkan pelajaran dengan rakan yang lain. Alhamdulillah.

sem 3 aku tabahkan hati untuk sekuliah dengan bebudak tahun 1. perasaan time tu malu la jugak, tapi disebabkan ramai je student yang sebaya aku, gasaklah, hentamlah. hahaha time tu penyamaran menjadi budak tahun 1 kihkihkih. tak tahu nak kata apa, tapi lelama aku sendiri kata yang aku budak tahun 2 dan baru nak amik dan mereka boleh menolong aku dalam pelajaran.

melalui ini aku dapat jumpa hikmahnya, aku dapat merasakan yang aku tak keseorangan, ke mana mana aku tak keseorangan. masyarakat sekeliling akulah yang banyak menyumbang pada kejayaan akau., bayangkanlah aku jauh dengan keluarga sejak 18 tahun, susah jugak belajar jauh ni dan family aku bukan family yang anak ada poblem datang universiti ni bincang . tak . semua aku buat sendiri dari A sampai Z. family cuma bagi dorongan dan kata kata yang mana kalau aku buat keputusan senang cita 100% sokonglah andai itu yang dapat membahagiakan aku.

sebenarnay, disebalik liku liku hidup yang aku jalani, semasa aku jatuh, aku di ajak rakan untuk join Usrah. haaaaa Usrah. waaaa budak alim....... HMMM bukan ni silap, nanti yang Usrah aku cerita lain ye.. Ok, undur diri dulu .

No comments:

Post a Comment